Club Med tawar kegiatan pastikan percutian tinggalkan kenangan terindah

BERCUTI bersama anak sememangnya menyeronokkan, tetapi ada kalanya tidak memberi peluang kepada ibu bapa untuk merehatkan fikiran sepenuhnya.

Club Med menjadi destinasi percutian idaman semua terutama ibu bapa yang mempunyai anak kerana menawarkan suasana berbeza.

Menerusi tawaran perkhidmatan yang menyeluruh di resort itu, ibu bapa boleh bercuti dengan lebih tenang sementara anak mereka berseronok dengan pelbagai aktiviti yang sediakan mengikut peringkat usia.

Antaranya Petit Club Med (2 hingga 3 tahun), Mini Club Med (4 hingga 10 tahun) dan Club Med Passworld untuk remaja.

Sudah pasti percutian itu meninggalkan kenangan terindah dan menyeronokkan, selain ibu bapa dapat berehat sepenuhnya. Bagi si kecil pula, setibanya di Club Med pengalaman yang mengasyikkan dan bermanfaat menanti.

Anak anda itu bukan saja dapat berkenalan dengan kawan baru dari seluruh dunia, malah turut bersama-sama mengikuti pelbagai aktiviti yang mencabar dan berseronok dengan pelbagai permainan

Antaranya imaginatif di kolam renang, bergayut di buai trapez atau melompat setinggi zirafah tanpa rasa takut.

Menariknya, ibu bapa atau anak sendiri tidak perlu risau serta takut kerana semua aktiviti dijalankan di bawah pengawasan dan bimbingan kakitangan Club Med yang berkelayakan serta berpengalaman dikenali sebagai ´Gracious Organisers´.

Jadi, sudah pasti ibu bapa lebih tenang menikmati percutian dan aktiviti mereka sendiri di resort mewah itu, sementara si kecil pula bebas bermain.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 23 bulan ke bawah pula, Club Med turut menyediakan kemudahan penjagaan bayi seperti katil dan alat memanaskan makanan mengikut permintaan supaya mereka dapat menikmati percutian selesa.

Di samping itu, pakej percutian di Club Med yang dikenali konsep ´all-inclusive´ yang bermaksud tiada kos tambahan atau kos tersembunyi yang dikenakan untuk makanan, makanan ringan, aktiviti dan hiburan menarik perhatian.

Justeru, ibu bapa tidak perlu bimbang ketika menggunakan segala kemudahan yang dibekalkan dan hanya perlu menumpukan perhatian kepada nikmat percutian selesa lagi menyeronokkan.

Percutian di resort mewah itu juga bukan saja bernilai dengan konsep ´all-inclusive´ malah lebih menarik apabila kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun dapat bercuti bersama ibu bapa dengan percuma melalui promosi ´Free Kids Stay.´

Bagaimanapun, promosi ´Kids Stay Free´ itu adalah untuk penginapan minimum 4 hari 3 malam dan seorang kanak-kanak bagi setiap tempahan orang dewasa dalam tempoh percutian bermula 1 November hingga 30 April 2011.

Bagi tempahan yang dibuat bermula sekarang hingga 30 November di Pantai Cherating, Pahang, Pulau Bintan, Bali atau Phuket, Thailand, semua kanak-kanak dapat menikmati percutian yang istimewa di Club Med tanpa membabitkan kos tambahan.