Travel Tips

Jika penerbangan lebih dari 3 jam...

Share
  • ELAK PERUT KOSONG...makan sebelum berlepas dapat menyegarkan badan sepanjang penerbangan

  • BIAR SELESA...persiapan mencukupi memastikan penerbangan yang menyenangkan



MENAIKI pesawat adalah cara tercepat untuk sampai ke destinasi pilihan. Tetapi, ia bergantung juga kepada jarak sesuatu perjalanan itu.

Justeru, jika penerbangan itu lebih daripada tiga jam, mungkin tip melancong ini dapat membantu supaya perjalanan yang panjang menjadi lebih menyenangkan.

* Jenis pakaian yang sesuai

Pilih pakaian yang memudahkan anda untuk bergerak dan menyerap peluh. Selain itu, bagi yang tidak tahan sejuk, ada baiknya anda memakai pakaian yang sedikit tebal atau jaket untuk mengelak daripada anda kesejukan sepanjang penerbangan.

* Rehatkan kaki dan tangan

Di dalam penerbangan, kaki perlu lebih relaks dan bebas bergerak. Sebaiknya tanggalkan atau longkarkan tali kasut anda.

Bagaimanapun, pastikan anda memakai sarung kaki bagi menahan kesejukan. Anda juga boleh melakukan senaman ringan di tempat duduk.

Antaranya, menggerakkan atau merenggangkan tangan, duduk tegak dan mengangkat kaki seperti sedang berkawat.

* Segarkan badan

Makan sebelum menaiki pesawat. Ia lebih menyegarkan badan. Untuk kesegaran kulit, anda boleh mengelap dengan tuala suam atau memakai losen badan.

* Jalan-jalan

Jika tidak selesa kerana duduk terlalu lama, anda boleh berjalan-jalan di sepanjang lorong pesawat. Bagaimanapun, pastikan pesawat dalam keadaan stabil dan tanda pasangkan tali pinggang keledar sudah dipadamkan.

Anda juga boleh berdiri dan melakukan senaman kecil di sebelah tempat duduk.

Untuk mengelak daripada mengganggu penumpang yang lain, minta izin daripada penumpang di sekitar anda.

* Minyak urut

Bawalah minyak urut dan gosok di tengkuk apabila badan berasa tidak selesa.

Bagi mengelak mengganggu penumpang lain, bawa minyak yang beraroma lembut atau wangi.

Anda atau penumpang lain akan lebih tenang dan selesa dengan aroma itu dalam penerbangan.

Source : Harian Metro – 9 December 2010


Post a Comment for Jika penerbangan lebih dari 3 jam...
Name* :
Email* :
Comment* :
Math Question*   

Check your answer first before submit button is enabled




Comments[0]




Related Tips
Exercises for the lower body
Pilih hotel sesuai
Cara berjimat ketika melancong
Trekking taboos and hoodoos
Ibu bapa tenang bercuti, anak bebas main
Biar selesa ketika melancong
Tip pastikan beg tidak hilang
Kimchi, ayam penyet and more
Pastikan ada penginapan
Fun on the cheap side
 

Custom Search

Advertisers



Cheap Airfares on Wego Travel Search

Terms of Service |  Privacy Policy |  RSS |  Copyright © NSTP e-Media Sdn Bhd (411895-A) Best viewed in 1280x1024 resolution.