Travel Tips

Pilih hotel sesuai

Share
  • SELESA...banyak hotel bajet menawarkan penginapan selesa dan murah

  • JELAJAH...ada pelancong lebih mengutamakan tempat menarik dan menjadikan penginapan perkara kedua

Suliati Asri

Pastikan dekat dengan kawasan dilawati, jimatkan belanja

JIKA tiket percutian sudah di tangan, langkah seterusnya yang perlu disiapkan segera adalah tempat penginapan.

Hotel dan resort sesuai amat penting kerana ia memberi kenikmatan bercuti yang sempurna.

Namun, bagi sesetengah orang, urusan penginapan boleh menjadi perkara nombor dua.

Bagi mereka, bercuti adalah menjelajah tempat yang dituju sepuas-puasnya dan hotel hanya untuk bermalam.

Justeru, kini terdapat pelbagai jenis hotel tumbuh bagaikan cendawan menawarkan penginapan selesa dengan harga yang berpatutan seperti contoh hotel bajet,

Hotel-hotel seperti ini biasanya banyak di destinasi percutian popular seperti Bali, Bangkok dan Singapura.

Dengan harga ditawarkan, pasti kemudahannya juga tidak secanggih hotel bertaraf lima bintang tetapi dilengkapi kemudahan seperti sarapan pagi, wi-fi bahkan pengangkutan ke pekan atau bandar.

Di samping itu, ada beberapa perkara lain yang boleh di jadikan panduan saat mencari hotel iaitu:

* Cari tempat menginap yang strategik. Ini memudahkan kita berkunjung ke pelbagai tarikan pelancongan di tempat itu terutama jika ia mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang senang didapati seperti stesen bas, LRT dan teksi. Ia turut menjimatkan perbelanjaan.

* Perhatikan taraf bilik diberikan pihak hotel dan bandingkan harga ketika hari kerja atau hujung minggu. Untuk hotel perniagaan, harganya lebih rendah di hujung minggu.

* Tidak salah mencari hotel menawarkan promosi tertentu seperti pakej penginapan tiga malam kemudian memperoleh tambahan penginapan semalam lagi.

Source : Harian Metro – 18 November 2010


Post a Comment for Pilih hotel sesuai
Name* :
Email* :
Comment* :
Math Question*   

Check your answer first before submit button is enabled




Comments[0]




Related Tips
Exercises for the lower body
Jika penerbangan lebih dari 3 jam...
Cara berjimat ketika melancong
Trekking taboos and hoodoos
Ibu bapa tenang bercuti, anak bebas main
Biar selesa ketika melancong
Tip pastikan beg tidak hilang
Kimchi, ayam penyet and more
Pastikan ada penginapan
Fun on the cheap side
 

Custom Search

Advertisers



Cheap Airfares on Wego Travel Search

Terms of Service |  Privacy Policy |  RSS |  Copyright © NSTP e-Media Sdn Bhd (411895-A) Best viewed in 1280x1024 resolution.