Pastikan ada penginapan |
|
|
Share
|
Suliati Asri
Persiapan awal mampu halang percutian terganggu sekali gus menghilangkan mood untuk bercuti
BEREHAT dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga, rakan atau insan tersayang antara tujuan sesebuah percutian dirancang. Justeru, percutian yang menyenangkan dan lancar membuatkan anda dan keluarga lebih relaks di samping meninggalkan kenangan terindah.
´Mood´ bercuti anda atau ahli keluarga terutama anak kecil juga tidak terganggu hanya disebabkan beberapa masalah kecil.
Tips melancong kali ini mungkin boleh digunakan untuk memastikan percutian anda nanti akan menjadi percutian yang cukup menggembirakan serta mencapai matlamat anda.
Sediakan Semuanya:
Sebelum pergi bercuti, pastikan anda membuat persiapan sepenuhnya termasuklah memastikan penginapan dan pengangkutan di destinasi yang dituju sudah ditempah.
Barangan yang perlu dibawa juga perlu disiapkan sebelum berangkat. Takut nanti, jika tidak disiapkan semuanya, ia akan mengganggu percutian anda sekali gus menghilangkan mood anda sekeluarga untuk bercuti.
Berehat secukupnya sebelum memandu:
Jika bercuti di luar kota menggunakan kenderaan sendiri, berehatlah secukupnya sebelum memandu. Ini kerana keletihan akan membuatkan anda meragam sementara anda cenderung menjadi pemarah.
Bahan hiburan:
Ia adalah benda yang wajib dibawa jika pergi melancong atau sebaliknya. Buku, majalah, mainan atau bahan lain yang boleh menghilangkan bosan sepanjang perjalanan adalah sangat penting untuk di bawa bersama.
Bawa makanan serta ubatan: Makanan, minuman dan ubat-ubatan jika tidak di bawa boleh mendatangkan masalah kepada anda terutama jika bersama keluarga.
Jika anak lapar atau sakit, sudah pasti mereka akan meragam. Dengan membawa makanan, minuman atau ubatan, anda lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Jangan lupa bawa kamera:
Gelak tawa dan keseronokan yang dirasai anda sekeluarga ketika bercuti sememangnya kenangan terhebat.
Justeru, jangan lupa membawa kamera bersama untuk mengabadikan kenangan manis anda bersama keluarga.
Source : Harian Metro – 23 September 2010
Comments[0]
|
|
|
|
|
|
Advertisers
|
|