Bendung asma ketika makan angin |
|
|
Share
|
TANGANI...penyakit lelah bukan alasan untuk tidak melancong TEMPAT SEJUK...sediakan pakaian panas ketika bercuti di tempat sejuk kerana asma mudah menyerang BERSEDIA...pastikan ubat asma sentiasa dibawa
bersama
|
Ambil semua langkah perlu elak keseronokan terjejas
BERCUTI di destinasi idaman pasti memberi keseronokan dan ketenangan. Namun, jika anda penghidap asma, percutian yang sepatutnya menyeronokkan boleh bertukar menjadi sebaliknya.
Untuk mengelak perkara yang tidak anda ingini sepanjang percutian, berikut beberapa tip makan angin untuk pesakit lelah.
1. Sebelum berangkat
Sebelum bercuti, pastikan asma anda terkawal dengan baik. Ada baiknya, anda membuat pemeriksaan dan mendapatkan nasihat doktor.
Jika anda bercuti di luar negara, mintalah surat doktor mengenai status penyakit asma anda kerana ia sangat berguna apabila berlaku kecemasan nanti.
Ketika mengemas barang, pastikan ubat asma dan lain-lain ubat di bawa bersama.
Namun, jangan simpan ubat asma itu di beg bagasi sebaliknya simpan di beg kecil supaya ia sentiasa bersama anda.
Selain itu, adalah lebih baik anda mengetahui nama ubat asma di negara yang dikunjungi. Ia adalah salah satu langkah berjaga-jaga jika ubat habis dan anda tahu ubat apa yang harus di beli.
2. Ketika di dalam kereta api, bas atau kereta sendiri
Kereta api, bas dan kereta sendiri, mungkin terdapat habuk atau debu yang terperangkap dalam ruang di dalamnya. Oleh itu, jika menggunakan kereta sendiri, pasang sistem penghawa dingin.
Andai keadaan udara tidak baik terutama kepada asma anda, pastikan cermin kereta perlu sentiasa dalam keadaan tertutup.
Apabila menggunakan bas atau kereta api, anda tidak mempunyai banyak pilihan. Oleh itu, pastikan ubat asma sentiasa ada bersama anda.
3. Ketika dalam penerbangan
Udara di dalam pesawat adalah sangat kering dan kemungkinan ia dapat menyebabkan asma. Justeru, pastikan anda memiliki ubat dan banyak minum air.
4. Pilih hotel yang selesa
Jika menginap di hotel, anda mungkin akan mendapati bahawa ruang di bilik penginapan itu yang boleh menyebabkan asma.
Justeru, minta bilik yang cerah dan kering serta jauh dari kolam renang.
Anda juga boleh membawa selimut atau bantal anda sendiri kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko asma. Satu perkara yang perlu selalu anda perhatikan ialah mengelak diri dari kawasan merokok.
Jika anda bercuti bersama keluarga atau kawan pula, pastikan mereka mengetahui anda mempunyai penyakit asma. Ia penting supaya mereka tidak akan melakukan perkara yang boleh menyebabkan anda diserang asma.
5. Bercuti di tanah tinggi atau bercuaca sejuk
Cuaca sejuk biasanya akan menyebabkan asma menyerang si pesakit. Oleh itu, jika bercuti di kawasan yang bercuaca sejuk terutama di tanah tinggi, pastikan anda memakai pakaian yang boleh memanaskan badan.
Jika tidur di dalam bilik hotel pula, pastikan anda tidak terlalu terdedah dengan kipas atau penghawa dingin. Yang penting, ubat ada bersama anda.
Source : Harian Metro – 26 August 2010
Comments[0]
|
|
|
|
|
|
Advertisers
|
|