Tip merancang percutian bersama anak |
|
|
Share
|
Dalam merancang dan memilih aktiviti untuk anda dan anak-anak lakukan pada musim cuti sekolah ini, ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk anda sebagai bapa.Jika anda bercadang membawa anak-anak ke kem, pameran, pesta, karnival, pementasan, tayangan filem atau acara yang seumpamanya, pastikan anda semak tarikh acara dan buat persiapan awal. Ini termasuk menempah tiket masuk dan penginapan. Paling penting, pohon cuti lebih awal supaya anda tidak menghampakan anak-anak.
Kenal pasti aktiviti yang dapat merangsang minat anak-anak. Anda tentunya lebih kenal faham cita rasa anak anda bukan? Jangan pula pilih aktiviti ´cukup syarat´ kemudian mengharapkan anak enjoy. Ingatlah, anak-anak juga mempunyai minat dan cita rasa tersendiri.
Usah jadikan komitmen pekerjaan sebagai penghalang anda melaksanakan tanggungjawab melayani anak-anak ketika cuti sekolah. Sekiranya ada masalah yang tidak dapat dielak hingga menghalang anda meneruskan aktiviti yang sudah dirancang, terangkan perkara sebenar kepada anak-anak supaya mereka faham.
Apabila melakukan aktiviti bersama, tunjukkan anda juga gembira dapat meluangkan waktu bersama mereka. Bimbang pula jika anda menunjukkan riak tidak gembira dan sikap acuh tidak acuh menghilangkan mood anak-anak.
Beri sedikit waktu untuk anak-anak anda. Elak menyusun jadual aktiviti yang terlalu padat untuk mereka. Anak-anak juga perlukan waktu untuk berehat dan inilah masa yang sesuai.
Source : Berita Harian – 23 November 2008
Comments[1] written by Fazil on 07 December 2009 07:29:59Terima kasih di atas tips yg berguna ini
|
|
|
|
|
|
Advertisers
|
|