Travel Stories

Miri: Bumi emas hitam

Share
Location : Sarawak, Malaysia
Syah Rul Aswari Abdullah

Source :Harian Metro,14 January 2010

  • GUA NIAH...tumpuan pencinta alam.

  • KUDA LAUT...maskot Miri.

  • TERSUSUN...pemandangan bandar Miri.

  • NILAI WARISAN...Grand Old Lady di bukit Telaga Minyak.

Miri ada pelbagai daya tarikan untuk pengunjung.

MIRI, bandar kedua terbesar di Sarawak bukan saja memiliki garis pantai yang panjang meliputi jarak 40 kilometer dari Bakam berhampiran sempadan Brunei di timur, malah, bukit berhampiran pusat bandar menjadi lokasi penemuan minyak pertama negara ini pada 1910.

Dikenali sebagai Bukit Telaga Minyak, ia memiliki menara setinggi 50 meter yang diusahakan Anglo-Saxon Petroleum, anak syarikat Royal Dutch/Shell Group of Companies.

Pelancong pasti teruja melihat menara gerudi daripada kayu ´Grand Old Lady´, di tapak asal.

Di sebelahnya ialah Muzium Sains Petroleum untuk mengetahui sejarah penemuan emas hitam yang menjadi sumber pembangunan negara.

Bandar itu turut memiliki lebih 10 taman awam dengan reka bentuk landskap tersendiri. Miri City Fan, umpamanya pernah meraih pengiktirafan kerana keunikan tapaknya yang berbentuk kipas tradisional Cina.

Taman Awam Miri pula menampilkan reka bentuk warisan tradisional dan titi gantung. Walaupun tidak setinggi mana, ia mampu mengundang rasa gayat.

Luak bay Esplanade, terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari pusat bandar pula menjadi lokasi terbaik melihat pemandangan indah matahari terbenam.

Di Miri, pastikan anda menjenguk Tamu Muhibbah iaitu pasar terbaik untuk mendapatkan segala macam barangan termasuk beras bukit selain produk kraf rimba.

Jika bertandang pada hari minggu, anda dapat menyaksikan keindahan masyarakatnya berbilang kaum. Ini masa melihat keunikan cara hidup masyarakat yang masih mengamalkan budaya tatu di badan.

Bandar ini juga menjadi bandar terdekat dengan taman negara iaitu Mulu, Niah, Lambir dan Loagan Bunut, dengan setiap satunya menawarkan pengalaman berbeza.

Taman Negara Mulu umpamanya memiliki Gua Rusa, kamar batu terbesar dunia yang sudah menerima pengiktirafan sebagai salah satu tapak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Dari Miri juga, pelancong yang mengunjungi tanah tinggi seperti Ba´Kelalan yang terkenal dengan satu-satunya kegiatan menanam epal secara komersial di negara ini, selain Bario dengan keunikan kopinya.

Jika anda gemar makan, cuba makanan tradisional tempatan, antaranya Midin (ulam), Umai (jeruk ikan), kangkung dan ulam paku digoreng dengan belacan.

Hidangan mesti cuba pastinya, Laksa Sarawak.

RUJUKAN PERCUTIAN

Lembaga Pelancongan Sarawak

 

Tourism Malaysia (Talian Pelancongan: 1-300-88-5050)



Post a Comment for Miri: Bumi emas hitam
Name* :
Email* :
Comment* :
Math Question*  = 

Check your answer first before submit button is enabled








Related Stories
The perfect getaway
Pulau Moreton penuh tarikan
Hooked on high adventure
Monumen dibina skala 1:8
A walker's paradise
Cruising down the Kinabatangan
Gunung Ngongotaha
Alternative fare to break fast
Teroka terowong lapan kilometer
London's must-dos

Destinations

 

Custom Search



Cheap Airfares on Wego Travel Search

Terms of Service |  Privacy Policy |  RSS |  Copyright © NSTP e-Media Sdn Bhd (411895-A) Best viewed in 1280x1024 resolution.