|
|
Jeram Toi |
Air Terjun 4 tingkat (Sungai Batang Toi) dan Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk
Terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta
Lengkap dengan kemudahan tandas, surau, bilik persalinan serta ‘boardwalk’
Terdapat gerai-gerai makanan disediakan untuk peniaga meniaga.
Terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta papan lungsur bagi kanak-kanak. |
Mengikut sejarah, Jeram Toi ditemui semasa zaman pemerintahan British pada tahun 1895. Nama asalnya sempena nama To' Batin Toi, seorang ketua puak orang asli yang menghuni hutan ini suatu ketika dahulu. Mengikut ceritanya, To' Batin Toi merupakan seorang pemimpin yang bijaksana sehingga berjaya mengalahkan sekumpulan orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk akibat termakan buah perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh To' Batin Toi. |
| Admission Fee : | Percuma |
| Open Hours : | Sila datang di waktu siang untuk keselamatan anda. |
| Address : | Hutan Simpang Berembun, 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang. |
| Naik bas City Liner dari Terminal bas Seremban dan perjalanannya hanya memakan masa 45 minit. |
|
|
|
Previous Page
|
|
|
|
|
|
Advertisers
|
|